Menderma Dengan Senang Hati Membawa Kehidupan Yang Bahagia
Gambar suasana ketika solat jumaat di Masjid Nurul Ehsan.Sedikit Sebanyak Tentang Masjid Nurul Ehsan
Masjid Nurul Ehsan terletak di Jalan Pjs 2C/11, Taman Medan, 46000, Petaling Jaya.
Masjid ini ditubuhkan sekitar tahun 1980. Masjid ini juga dikelilingi penduduk yang padat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Tujuan Masjid Nurul Ehsan Ditubuhkan
Salah satu sebabnya adalah sebagai tempat beribadah, ia juga tempat untuk menambah ilmu iaitu tempat pusat pengajaran dan pembelajaran.
Masjid ini juga dijadikan tempat untuk pusat kebajikan, pusat pentadbiran dan akhir sekali, pusat interaksi masyarakat.
Kenapa Anda Perlu Menyumbang?
Kami perlu menampung pembiayaan utiliti dan bayaran maintanen serta pembersihan masjid.
Ianya juga adalah untuk program pengimarahan masjid seperti kuliah dan sebagainya. Akhir sekali, untuk kami salurkan bantuan kebajikan bagi yang memerlukan.
Tambahan pula pada pandemik ini masjid kekurangan dana kerana rata-rata masjid mengharapkan kutipan solat jumaat sahaja.
Taman Medan pula merupakan salah satu kawasan yang paling ramai asnaf. Harap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Semoga semua penyumbang akan diberikan rezeki yang luas dan ilmu yang berkat sepanjang hidup.